Koleksi “Bundle” Mampu Jana Pendapatan Lumayan

SANDAKAN: RM10,000! Itu harga yang harus dibayar untuk mendapatkan sehelai baju kemeja-t terpakai memaparkan gambar karektor kartun ‘sumo’ ini. Ia mungkin tidak masuk akal, lebih-lebih lagi melihatkan kondisi kainnya yang menipis, namun cukup bernilai kepada pengumpul koleksi kemeja-t unik dan pelik. Difahamkan, kemeja-t berkenaan antara pakaian yang sukar ditemui, seiring dengan usianya mencecah puluhan tahun. Ia antara pakaian ‘rare’ dan ‘vintage’ dijual di Auss Bundle, di Taman Megah Jaya, di sini milik pengumpul koleksi barangan…

Continue reading

Bagaimana Zippo Menjadikan Pemetik Api Sebagai Ikon Bergaya?

Lumrah dan fitrah kejadian manusia, perlukan cahaya. Siapa yang nak duduk selama-lamanya dalam gelap kan? Dan salah satu daripada sumber kepada cahaya adalah api dan dalam artikel kali ini kami akan berkongsi sebuah kisah tentang api. Ada sesuatu yang menarik dan sensasi tentang api sehingga kita tertarik dan terpikat dengannya – jika kita berada di sekitar api, kita tidak boleh mengelak daripada mesti menatapnya samada kita sedar ataupun tidak. Api sebagai sesuatu yang nampaknya semulajadi…

Continue reading

Champion : Sang Juara Satu Abad

Tahun baru 2019 sudah pun menghampiri penghujung bulan Januari – sudah sebulan masa berlalu. Namun, hidup perlu diteruskan, kan? Artikel kali ini kami akan berkongsi serba sedikit tentang latar dan perjalanan sebuah lagi jenama pakaian sukan dan streetwear terkemuka di dunia iaitu jenama “Champion”. Jenama yang hari ini kita lihat ramai orang pakai bermula daripada artis-artis tersohor, atlit-atlit sukan sehingga abang-abang dan kakak-kakak yang berniaga di pasar-pasar malam. Jadi timbul di benak fikiran kita, apa…

Continue reading

Sejarah Adidas yang Anda Patut Tahu

Sebagai sebuah syarikat gergasi dan sangat dikenali dalam dunia pakaian sukan, streetwear dan kasual, sudah pasti Adidas mempunyai sejarahnya yang tersendiri sehingga mampu berdiri dengan gahnya sebagaimana yang kita lihat pada hari ini. Syarikat yang juga disinonimkan atau dipopularkan dengan panggilan syarikat tiga jalur (threestripes) ini telah bermula di sebuah pekan kecil di Bavaria, Jerman pada tahun 1924 oleh pengasasnya iaitu, Adi Dassler. Namun, di sana mungkin terdapat beberapa maklumat yang masih belum diketahui umum.…

Continue reading

Bagaimana Fenomena Streetwear Muncul?

Perubahan merupakan sebuah proses yang berterusan samada kita sedar atau tidak – ianya sedang berlaku. Sama halnya juga dengan dunia fesyen yang turut melalui proses yang dinamik seiring dengan perkembangan manusia dan kemajuan persekitaran kehidupan manusia. “Streetwear” adalah suatu sebutan yang tidak asing dalam dunia fesyen pada hari ini walaupun sebenarnya ia bukanlah sebuah fenomena yang baru muncul. Kalau kita alih bahasanya kepada Bahasa Melayu, boleh jadi “pakaian jalanan” atau “pakaian gaya jalanan”. Jadi, apa…

Continue reading

Levi’s Lancarkan Koleksi Mickey Mouse Edisi Terhad

Levi’s menyambut ulang tahun kemunculan animasi kartun Mickey Mouse pada bulan November dengan melancarkan keluaran koleksi edisi terhad sebagai simbolik memperingati ikon tersebut dengan pelbagai corak yang sesuai untuk lelaki dan perempuan. Mickey Mouse telah membuat kemunculan pertamanya pada tanggal 18 November 1928. Keluaran edisi kali ini merangkumi beberapa item yang menarik termasuk seluar jeans, jaket jeans (Trucker Jacket), T-shirt dan sweatshirt. Tambahan daripada itu juga, beberapa aksesori turut dihasilkan seperti topi, kain bandana dan…

Continue reading

Apa yang Anda Patut Tahu tentang NIKE?

Semua tahu tentang Nike, dari budak sekolah sehingga orang dewasa. Ini kejayaan mereka setelah lebih lima dekad berada dalam arena bisnes. Di sini, kami kongsikan beberapa info menarik tentang jenama Nike. Nike pada awalnya ditubuhkan pada tahun 1964 dengan nama yang lain iaitu “Blue Ribbon Sports” dan beroperasi pada masa tersebut sebagai pengedar kepada jenama kasut daripada Jepun iaitu OnitsukaTiger (sekarang dikenali dengan jenama Asics). Selepas daripada itu baru secara rasminya menggunakan nama syarikat Nike…

Continue reading

Kenapa “Gila” Bundle?

Kami bukanlah pemain lama dalam industri ini bahkan tidak sampai setahun pun lagi apabila idea “Garaj Tua” ini mula-mula muncul pada tanggal 12 Mac 2018 melalui sebuah perbincangan di dalam kumpulan aplikasi “whatsapp” – tampil untuk membina jaringan persahabatan dan berkongsi pandangan serta maklumat berkaitan industri pakaian.  Di Barat, ada suatu istilah yang digunakan untuk menggambarkan sebuah golongan, dalam bahasa Inggerisnya adalah “hypebeast” – iaitu sekumpulan masyarakat khususnya didominasi golongan muda yang menjadi anggota kepada…

Continue reading