Apa yang Anda Patut Tahu tentang NIKE? November 1, 2018 – Posted in: Inspirasi

Semua tahu tentang Nike, dari budak sekolah sehingga orang dewasa. Ini kejayaan mereka setelah lebih lima dekad berada dalam arena bisnes. Di sini, kami kongsikan beberapa info menarik tentang jenama Nike.

  1. Nike pada awalnya ditubuhkan pada tahun 1964 dengan nama yang lain iaitu “Blue Ribbon Sports” dan beroperasi pada masa tersebut sebagai pengedar kepada jenama kasut daripada Jepun iaitu OnitsukaTiger (sekarang dikenali dengan jenama Asics). Selepas daripada itu baru secara rasminya menggunakan nama syarikat Nike pada tahun 1971.
  2. Nike ditubuhkan dengan sejumlah wang $1,200 US Dollar sahaja di dalam bank. Pengasas kepada syarikat ini adalah dua orang iaitu Bill Bowerman – seorang jurulatih olahraga – dan Phil Knight – seorang atlit olahraga – daripada Portland yang belajar di University of Oregon di Amerika Syarikat.
  3. Cadangan menggunakan nama Nike datang daripada idea yang dilontarkan oleh Jeff Johnson yang merupakan pekerja pertama di syarikat tersebut. Ianya berasal daripada tamadun lama Greek yang dieja dengan “ny’-kee” yang membawa maksud “goddess of victory”.
  4. Idea membuat kasut yang pertama muncul semasa Bowerman dengan isterinya sedang memasak wafer untuk sarapan pagi. Daripada idea wafer tersebut memberikan ilham kepada beliau untuk menghasilkan kasut dengan tapak kasut bercorak seperti wafer (grooved pattern) supaya boleh memberikan cengkaman yang kuat apabila atlit berlari. Hasilnya, Nike telah melancarkan kasut pertamanya iaitu “Nike Waffle Trainer” pada tahun 1974.
  5. Logo Nike iaitu “The Nike Swoosh” telah direka oleh salah seorang pelajar Portland State University iaitu Carolyn Davidson dengan hanya bayaran upah sebanyak $35 US Dollar sahaja.
  6. Slogan yang digunakan oleh Nike adalah “Just Do It” yang diinspirasikan daripada kisah seorang pembunuh bersiri di Amerika Syarikat iaitu Gary Gilmore, yang pernah menyebut “Let’s Do It” sebelum daripada dihukum bunuh pada tahun 1977.
  7. Walaupun negara asal Nike diasaskan adalah di Amerika Syarikat, namun kedai terbesar mereka adalah di London’s Oxford Street dengan kos pembinaan sebanyak 10.5 juta pound yang merangkumi tiga tingkat bangunan.